Saturday, 18 June 2011

Bahasa Melayu SPM - Tapak Karangan BM 3 - Peranan Ibu Bapa

Bahasa Melayu SPM'2011

Tapak Karangan Bahasa Melayu 3


Pendahuluan
- Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga
- Anak memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan 
- Tanggungjawab ibu bapa merupakan tugas yang amat berat 
- Ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang

Isi 1
- Antara peranannya termasuklah membesarkan anak-anak dalam suasana harmoni 
- Kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga 
- Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
- Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni

Isi 2
- Ibu bapa bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka 
- Pergaulan dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan
- Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan 
- Sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
- Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah akan mengikut jejak rakan sebaya 
- Lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar 
- Ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka 
- Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak
- Bak kata pepatah “ beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.”

Isi 3

- Ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup - Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi
- Bertepatan dengan pepatah 'Melentur buluh biarlah daripada rebungya”
- Didikan agama dan moral membolehkan anak-anak menapis dan menepis kemungkaran
- Hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang

Isi 4


- Ibu bapa hendaklah berbincang dengan anak-anak tentang masalah yang timbul

- Ibu bapa mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak
- Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala
- Komunikasi dua hala dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan

Penutup


- Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak

- Ibu bapa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur
- Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak
- Khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran

- Kredit Kepada : Cikgu G.N. Rajan (KAViNA Tuisyen)

No comments:

Post a Comment