Bahasa Melayu SPM'2011
Tapak Karangan Bahasa Melayu 2
Remaja merupakan tampuk kepimpinan negara
- sewajarnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
- memiliki sahsiah dan budi pekerti yang baik dan sempurna
- golongan produktif yang dapat menyumbang kepada negara dalam pelbagai
bidang
- pembabitan mereka dalam kancah kebecatan amat membimbangkan
- terdapat pelbagai punca dan pelbagai langkah perlu diambil
Idea 1 : Punca 1
Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
- ibu bapa zaman moden terlalu bersikap materialistik
- terlalu mengejar kebendaan sehingga anak-anak terbiar
- anak-anak yang kesunyian di rumah cuba mencari hiburan di luar
- akhirnya, terjebak ke dalam gejala sosial
Idea 2 : Punca 2
Kurangnya pendidikan agama diterapkan kepada anak-anak
- tidak diajar sejak kecil lagi akibat kejahilan ibu bapa
- tidak dapat membezakan antara yang baik atau sebaliknya
- mudah terhasut atau dipengaruhi oleh rakan-rakan
- menghisap dadah, seks rambang, berpeleseran dan lain-lain
Idea 3 : Langkah 1
Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak mereka
- mengetahui rakan-rakan dan latar belakang mereka
- mengetahui pergerakan anak-anak mereka terutama di luar rumah
- memastikan mereka tidak terlalu bebas ketika berada di luar
- mengehadkan batas dan masa sewaktu di luar rumah
Idea 4 : Langkah 2
Teladan yang perlu ditunjukkan oleh ibu bapa
- Tidak merokok dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak
- Meluangkan masa dengan mereka
- Melancong bersama keluarga
- Mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa
Penutup
Remaja merupakan aset negara yang paling berharga
- semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha melahirkan generasi muda
yang berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang baik
- sentiasa memberikan komitmen kepada negara
- supaya negara kita mampu bersaing dengan negara-negara yang lain
- Kredit Kepada : Cikgu G.N. Rajan (KAViNA Tuisyen)
No comments:
Post a Comment